Sean Ghazi

Sean William Ghazi (lahir pada 4 April 1969) merupakan pelakon, penyanyi dan penari Malaysia. Beliau dilahirkan di Petaling Jaya, Selangor. Beliau mendapat pendidikan di London of Performing Art.Ghazi mula dikenali pada tahun 1999 menerusi filem antarabangsa Anna and the King , disamping Jodie Foster dan Chow Yun-Fat. Beliau juga pernah terlibat dengan produksi teater dari London dan Eropah[petikan diperlukan] seperti Miss Saigon, Rent[petikan diperlukan] dan The King and I.[1] Selain itu beliau juga pernah muncul dalam drama Idaman disamping Jalaluddin Hassan, Azah Aziz, Deanna Yusof dan ramai lagi.Ghazi telah melancarkan album pertamanya, Semalam, pada November 2006, dan telah dianugerahkan Artis Baru Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-14 (AIM14).Pada 1995, Ghazi pernah memenangi dalam satu pertandingan bakat yang dilakukan di Singapura, Fame Awards[petikan diperlukan].